ASD Green memasang sistem solar atap untuk rumah dan premis perniagaan di Malaysia. Kami perlukan pelatih yang suka berjumpa orang untuk bantu pasukan jualan, dari booth dan pameran sehingga pelanggan setuju memasang solar.
Apa yang anda akan buat
- Booth & pameran: bantu jaga booth ASD Green di program dan pameran, terangkan solar kepada pengunjung dan kumpul maklumat bakal pelanggan.
- Urus prospek: hubungi bakal pelanggan melalui WhatsApp dan telefon, minta bil TNB dan rekod setiap perbualan dalam sistem CRM.
- Kira penjimatan: guna kalkulator solar ASD Green untuk sediakan anggaran saiz sistem dan penjimatan bil elektrik.
- Susulan & tinjauan tapak: atur temu janji tinjauan tapak dan ikut pasukan jualan berjumpa pelanggan.
- Media sosial: bantu sediakan gambar, video pendek dan hantaran promosi solar.
Siapa yang kami cari
- Pelajar Diploma / Ijazah dalam Pemasaran, Perniagaan, Keusahawanan, Komunikasi, Kejuruteraan atau bidang berkaitan
- Perlu menjalani latihan industri sekurang-kurangnya 3 bulan
- Suka berjumpa dan bercakap dengan orang; yakin dan sopan
- Fasih Bahasa Melayu dan boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris
- Selesa guna WhatsApp, Google Sheets / Excel dan media sosial
- Bersedia bertugas di booth atau pameran, termasuk hujung minggu sekali-sekala
Apa yang anda dapat
- Kerja hybrid: tidak wajib datang ke pejabat setiap hari, hanya bila perlu
- Belajar proses jualan solar dari prospek pertama hingga tutup jualan
- Faham industri tenaga boleh baharu: Solar ATAP, NEM dan insentif kerajaan
- Elaun latihan industri RM600 sebulan
- Pelatih berprestasi baik berpeluang diserap sebagai Eksekutif Jualan
